Bercakap mengenai tempahan teksi atau kenderaan, aplikasi yang akan hadir ke dalam fikiran ramai pengguna adalah Uber dan juga GrabCar (dahulunya MyTeksi). Selain kedua-dua aplikasi berkenaan, terdapat beberapa yang lain, termasuk Roader, dan juga paling terkini adalah iTeksi.
Sumber daripada Amanz
iTeksi merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh H&N Taxi Sdn Bhd, dan melaluinya kini terdapat lebih 1,500 teksi sekitar Lembah Klang yang menggunakan aplikasi berkenaan.
Melalui iTeksi, dua jenis perkhidmatan ditawarkan oleh mereka. Pertama adalah perkhidmatan teksi biasa yang menggunakan kiraan seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, dan lebih dipasarkan untuk perjalanan kurang 30 kilometer…